Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Neelofa Terima Anugerah Tokoh...

KOTA BHARU - Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerima anugerah Tokoh Sayyidatina...

KTMB Tambah 10 Gerabak...

KANGAR - Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dan KTM Intercity, Keretapi Tanah Melayu...

Anggota UTK Bukit Aman...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan...

Otai Reformis 1998 Mahu...

TEGUH... Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti menjadi Perdana Menteri yang kelapan...

Ketibaan Kapal Tentera Laut CTTG Bukti Hubungan Kukuh 2 Negara

PELABUHAN KLANG – Kehadiran kapal latihan tentera laut Korea Selatan, The South Korea Navy Cruise Ship Training Group (CTTG) yang berlabuh kali ke-20 sejak tahun 1963 di sini menunjukkan hubungan kukuh antara tentera laut Malaysia dan Korea Selatan.

Dua kapal CTTG milik tentera laut Korea Selatan iaitu kapal pembinasa dan kapal logistik masing-masing seberat 4,400 tan dan 4,200 tan itu tiba di Port Klang Cruise Centre kira-kira 9.30 pagi hari ini.

Dua kapal itu membawa kekuatan 650 anak kapal termasuk 140 pegawai kadet tentera laut republik berkenaan untuk sesi lawatan selama empat hari.

Berucap sempena upacara sambutan ketibaan delegasi berkenaan, Laksamana Muda Chun Jungsoo berkata lawatan itu diharap dapat meningkatkan dan mengeratkan lagi hubungan kukuh sedia ada disamping mendedahkan kru kapal dengan pelbagai budaya dan sejarah Malaysia.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan bertemu dengan beberapa pegawai tertinggi tentera laut Malaysia bagi mengukuhkan hubungan baik kedua-dua buah badan beruniform itu.


Katanya pelbagai aktiviti telah disusun untuk rakyat negara ini sempena lawatan tersebut antaranya pameran industri pertahanan Korea Selatan serta lawatan orang awam ke atas kapal esok dan lusa mulai pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Tambah beliau, aktiviti yang dijadual dalam rangka lawatan itu adalah bagi mendedahkan masyarakat tempatan untuk mempelajari budaya dan cara hidup warga Korea.

Menurut kenyataan CTTG, pasukan pancaragam tentera laut itu juga akan mengadakan pertunjukan di Menara Berkembar KLCC pada Sabtu ini disusuli persembahan K-Pop dan alatan muzik tradisional republik berkenaan iaitu ‘Samul-nori’ serta beberapa pertunjukan lain.

Malaysia merupakan jelajah siri kesembilan CTTG ke seluruh dunia sempena ulang tahun ke-61 dan akan meneruskan pelayaran ke Ho Chi Minh, Vietnam pada Ahad ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Kapal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori