Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ejen Ah Long Ditahan...

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga asing yang juga ejen sindiket pinjaman wang tanpa...

Hanya J/kuasa Pemilih Boleh...

KUALA LUMPUR - Kedudukan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam Jawatankuasa...

Abu Kassim Mungkin Ganti...

BARU sahaja dilantik sebagai ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional...

Masyarakat Perlu Buang Stigma...

KUALA TERENGGANU - Masyarakat perlu mengikis tanggapan negatif terhadap pesakit mental kerana ia...

Ketua Pemuda PAS Sokong JDT Menang Piala Malaysia 2014

KUALA LUMPUR – “Saya memilih Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala Malaysia 2014 bukan kerana saya anak Johor tetapi kerana setelah 23 tahun Johor tidak berada di pentas perlawanan akhir Piala Malaysia”.

Itu kata-kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat yang secara terbuka menyatakan sokongan beliau ke atas pasukan Harimau Selatan dalam aksi merebut kejuaraan Piala Malaysia 2014 malam ini melalui media sosial.

Menurutnya, beliau yakin JDT akan menumpaskan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil atas faktor berikut:

1. Pengurusan pasukan bola sepak yang profesional dibawah pentadbiran Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

2. JDT mempunyai barisan pemain yang hebat.

3. Kualiti pemain import JDT yang amat baik pada tahun ini.


4. Mempunyai jurulatih yang dianggap sebagai pakar taktikal, Bojan Hodak.

5. Aura penyokong JDT yang menggentarkan dan mencetus semangat untuk pemain.

6. Semangat selaku juara Liga Super 2014.

Justeru, Suhaizan menjangkakan JDT akan menewaskan skuad Tok Gajah dengan Jaringan 3-1.

Beliau bagaimanapun menyeru supaya perlawanan malam ini berlangsung dalam semangat kesukanan dan ukhuwwah yang tinggi.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori