Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PAU 2015 Meriah ‘Gila’...

PERSEKITARAN Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara seolah-olah dilanda ‘jerebu manusia’...

Hati-Hati Dengan Pemimpin Umpama...

LIMBANG - Rakyat diingatkan agar tidak menyokong sesetengah pemimpin yang bersikap umpama 'keluang...

Pelik Tiada Hujan, MRR2...

SELANGOR sekali lagi cipta sejarah apabila 'mewah dibanjiri' air meskipun tiada hujan berlaku...

Sokong Husam Jadi MB...

SHAH ALAM - Kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya Datuk Husam...

Khalid Samad Persoal Fatwa Haramkan SIS

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoalkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor yang melibatkan kumpulan feminis.

“Terdapat banyak perkara yang saya tidak dapat lihat secara bertentangan mata dengan SIS.

“Kami banyak berdebat, pada saya, prinsip keadilan adalah kita tidak boleh menilai tanpa memberi ruang untuk membela diri.

“Inilah sebabnya mengapa saya bercakap mengenai perkara ini,” katanya.

Pada Selasa, Khalid dan dua lagi Ahli Parlimen daripada PAS – Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) dan Hanipa Maidin (Sepang) – mempertikaikan jawatankuasa tersebut berhubung keputusan sebelum ini bahawa ‘pluralisme’ dan liberalisme bertentangan dengan ajaram Islam.

SIS memfailkan semakan kehakiman kerana tidak berpuas hati dengan fatwa Mais terhadap pengharaman itu dengan alasan mereka tidak menentang sebarang undang-undang sebaliknya hanya menggunakan hak kebebasan sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan.

Menyifatkan proses (mengeluarkan fatwa) dipersoalkan, Khalid berkata adalah salah untuk menghukum sebuah parti tanpa memberi peluang kepada mereka untuk membela diri.

Khalid berkata SIS mengamalkan hak dasar apabila ia memfailkan semakan kehakiman.


“Dakwaan menyimpang daripada ajaran Islam adalah dakwaan yang serius. Jika kita mahu menghukum, kita perlu melakukannya dengan adil,” kata Khalid pada sidang media di pejabatnya di sini pada Khamis.

Terdahulu, beliau dan Dr Mujaahid mengadakan pertemuan tertutup dengan SIS di pejabatnya.

Turut hadir anggota pengasas SIS, Zainah Anwar dan lembaga pengara, Datin Paduka Marina Mahathir.

“Fatwa itu hadir secara mengejut. Saya diberitahu SIS bahawa mereka bertemu Mais pada 2012 untuk membincangkan isu wanita dalam Islam.

“Hari ini, dua tahun kemudian, mereka mengeluarkan fatwa mengatakan SIS menyimpang.

“Adalah tidak benar, ia amat menyedihkan. Kami mahu institusi agama untuk menunjukkan tahap profesionalisme dan keadilan yang tinggi,” kata Khalid. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori