Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Identiti 4 Penyelam Warga...

MERSING - Identiti empat warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau...

Puteri UMNO Melaka Digesa...

MELAKA - Pergerakan Puteri UMNO Melaka digesa memberi fokus terhadap usaha mengesan pemilih...

Pentadbir Masjid Perlu Muafakat...

BALING - Golongan pentadbir masjid termasuk imam dan guru Kelas al-Quran dan Fardhu...

Solat Jumaat Pertama Sebagai...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin pertama kali menunaikan solat Jumaat sebagai Perdana...

Lama Menghilang, Kim Jong-un Muncul Tanpa Tongkat

SEOUL – Selepas dilaporkan ‘hilang’ selama enam minggu, pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un akhirnya muncul kembali dan kali ini sudah mampu berjalan tanpa tongkat, lapor sebuah akhbar utama negara komunis itu, Rodong Sinmun hari ini.

Harian rasmi pemerintah Parti Pekerja Korea Utara yang berpusat Pyongyang itu menyiarkan beberapa foto terkini Jong-un bersama-sama para pegawai tenteranya sedang ceria meninjau sebuah kompleks perumahan terbaharu dan institut sains di ibu negara tersebut.

Kali terakhir anak bekas presiden Kim Jong-ill yang meninggal dunia lewat 2011 itu muncul kelihatan di tempat terbuka ialah pada 3 September lalu ketika beliau yang berusia 31 tahun menghadiri sebuah konsert muzik di Pyongyang bersama-sama isterinya, Ri Sol-ju.

Pertengahan Oktober lalu, stesen televisyen milik pemerintah menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan Jong-un berjalan menggunakan sebatang tongkat dengan badannya kelihatan gemuk dan berdiri agak tempang seolah-olah menghidap penyakit serius.

Keadaan tersebut mencetuskan spekulasi kononnya tahap kesihatan beliau yang dikenali sebagai perokok tegar itu sedang nazak malah timbul khabar angin mengatakan ketiadaan Jong-un akibat tindakan beberapa pegawainya melakukan rampasan kuasa. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori