Bayangkan jika anda lahir kedunia ini sebagai seorang yang pekak dan bisu.
Pernah anda terfikir bagaimana golongan ini berkomunikasi?
Di Uganda, seorang pemuda bernama Patrik Otema, 15, telah dilahirkan sebagai salah seorang yang bisu.
Patrick dilihat sebagai seorang yang tidak ceria dan lebih suka memencilkan diri disebabkan kecacatan yang dialaminya.
Beliau tidak pernah mengambil sebarang kelas pembelajaran khas untuk golongan istimewa ini disebabkan kemiskinan yang sangat tegar disana.
Dengan bantuan seorang pengajar bernama Raymond Okkelo, saksikan keajaiban ini bagaimana akhirnya beliau berjaya mengambil bahagian dalam pembelajaran cara komunikasi golongan bisu.
Patirik dilihat kembali senyum di dalam video yang sangat memberikan inspirasi ini!
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC