Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Apa PH Cuba Sembunyi...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ada dua...

Gadis Dibuli Kerana Hodoh...

SEORANG gadis di Korea dikatakan sering dibuli dan diganggu sepanjang hidupnya kerana rupa...

Tugas Berat Menanti Jurulatih...

PETALING JAYA - Tugas berat menanti jurulatih baharu skuad futsal wanita kebangsaan, Addie...

GEG: RUU Tidak ‘Menjenayahkan...

Dakwaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ‘menjenayahkan kanak-kanak’ adalah...

Kit Siang Pertikai `Pak Menteri’ Hantar Anak Sekolah Swasta

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar ramai anggota Kabinet kerana didakwa menghantar anak belajar di sekolah swasta atau menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) luar negara.

Beliau mendakwa, sikap pemimpin negara itu menunjukkan mereka sendiri tidak yakin dengan kualiti sistem pendidikan di Malaysia sama ada peringkat sekolah mahupun peringkat IPT.

Justeru, beliau mempersoalkan sama ada kerajaan akan memecat anggota Kabinet yang tidak percaya kepada sistem pendidikan negara terbabit.

“Anggota Kabinet sudah lama memastikan anak mereka dikeluarkan daripada sistem pendidikan negara. Mereka sendiri tidak yakin dengan sistem pendidikan Malaysia,” dakwanya melalui satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Kit Siang mencabar semua anggota Kabinet mengisytiharkan sama ada anak mereka bersekolah di sekolah swasta atau sekolah kerajaan untuk menunjukkan dakwaan beliau salah.

Beliau turut berharap ada perwakilan UMNO akan mendesak kesemua anggota Kabinet membuat pengumuman itu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 minggu depan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori