Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hati-Hati Dengan Typo, Kang...

TYPO atau kesilapan menaip memang sering kali dilakukan tanpa kita sedari.Oleh itu, sebelum...

Jenazah Allahyarham Datin Habibah...

MUAR - Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke...

Heliza Helmi, Suami Yatt...

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi memaklumkan dia bersama rombongan...

Bursa Malaysia Kekal Rendah

BURSA Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi tadi berikutan pasaran tempatan terus menghadapi tekanan...

K’jaan Pusat Ambil Alih Pembersihan Tandas Awam PBT

PORT DICKSON – Kerajaan pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016 bagi memastikan ia bersih dan selesa pada setiap masa, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata pengambilalihan itu selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan seiring dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan kementerian.

“Kementerian saya akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri dan PBT yang sedia menerima pakai akta tersebut, berhubung pelaksanaan langkah baharu ini yang dijangka berkuat kuasa pada 2016,” katanya dalam kenyataan diedarkan kepada media pada majlis pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia 2014 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi negeri-negeri yang belum menerima Akta 672, dinasihat memperuntukkan sejumlah bajet bagi tindakan menyelenggara dan membaik pulih tandas awam di kawasan masing-masing.

Katanya kementerian juga akan membuat semakan semula bagi terma rujukan projek-projek untuk memperlihatkan kesungguhan menangani isu kebersihan tandas awam.

“Garis panduan dan SOP (Prosedur Operasi Standard) pembersihan tandas awam akan disemak dan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, dalam teks ucapan beliau pada majlis itu yang dibacakan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Arpah Abdul Razak, Abdul Rahman berkata setiap tahun kementerian memperuntukkan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk menaik taraf atau membina tandas baharu di PBT seluruh negara.


Katanya pada tahun ini sebanyak RM26.5 juta diagihkan kepada PBT bagi memperbaiki dan menaik taraf tandas awam di seluruh negara menerusi program ‘My Beautiful Malaysia (My BM)’.

“Namun pada keseluruhannya tandas kita masih kotor, menjijikkan dan banyak yang tidak selamat digunakan. Sinki yang bocor, mangkuk tandas yang pecah, pintu tandas yang tidak boleh dikunci adalah antara mimpi ngeri tandas di negara
ini.

“Vandalisme tandas awam begitu berleluasa iaitu tandas dengan sengaja dikotorkan, peralatannya dicuri, dinding diconteng dan pintu dipecahkan. Keadaan ini bukan sahaja menjejas imej dan nama baik negara dalam kalangan pelancong
asing, tetapi ia tidak baik untuk kesihatan dan keselesaan kita sendiri,” katanya.

Justeru, katanya pelaksanaan peraturan baharu itu diharap membantu dalam menyediakan tandas awam yang bermutu dan bersih, serta menjadi kebanggaan rakyat dan pelancong.

Pada majlis itu, 12 kategori pemenang pertandingan ‘Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia’ menerima hadiah masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori