Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Upah Orang Potong Kemaluan...

NEW DELHI - Gara-gara tidak tahan dengan sikap suami yang gemar berfoya-foya, seorang...

Cinta Ditolak, Gadis Simbah...

KEJAM gila. Hanya kerana si lelaki enggan menerima cintanya, seorang gadis berusia 16...

Aplikasi TikTok Tidak Sesuai...

RISIKO... Berjuta-juta remaja di seluruh dunia kini gemar guna aplikasi TikTok, semata-mata untuk...

Gegaran Turut Dirasai Di...

SEREMBAN : Gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia turut dirasai gegarannya di...

KKMM Akan Pastikan Menara Komunikasi Berfungsi Betika Banjir

KEMAMAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memastikan semua menara komunikasi berfungsi sepenuhnya walaupun di kawasan yang ditenggelami air ketika musim banjir, kata Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, beberapa menara komunikasi yang ditenggelami air ketika banjir tahun lalu khasnya di kawasan Kemaman telahpun dinaik taraf dengan beberapa kerja pengubahsuaian pada stesen janakuasa menara agar berada pada kedudukan lebih tinggi dan tidak tenggelam jika banjir.

“Beberapa tapak stesen janakuasa menara komunikasi telah kita alihkan ke kedudukan lebih tinggi dan kita yakin menara yang berada di kawasan banjir akan terus beroperasi walaupun telah terputus bekalan elektrik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia di Awana Kijal di sini, hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, berdasarkan kepada pengalaman banjir tahun lalu, KKMM yakin kali ini masalah terputus liputan komunikasi tidak akan berlaku sekiranya banjir melanda Pantai Timur khasnya di kawasan rendah seperti Kemaman.

Menurutnya, Majlis Daerah Kemaman telahpun mengadakan beberapa mesyuarat berhubung persiapan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi musim tengkujuh kali ini.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan beberapa persatuan radio amatur di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu dari segi perkongsian maklumat di kawasan-kawasan terjejas banjir.


Katanya, ada sesetengah kawasan yang tidak mendapat liputan siaran komunikasi biasa, namun boleh dihubungi menggunakan radio amatur.

“Pihak KKMM dengan kerjasama Jabatan Meteorologi juga akan menggunakan beberapa kod warna untuk menerangkan keadaan taburan hujan pada satu-satu masa dan ia telahpun disebarkan melalui media internet,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman, Datuk Mustafar Khalid berkata ketika ini semua 24 pangkalan hadapan dan 75 pusat pemindahan banjir telahpun dibekalkan dengan barang keperluan seperti makanan dan pakaian sebagai persiapan menghadapi banjir.

“Semua pusat pemindahan banjir kita sediakan dengan makanan sejak 10 Nov lepas dan bekalan itu cukup untuk menampung kira-kira 50 ke 200 keluarga untuk tempoh seminggu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori