Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

‘Saya Tak Patut Keluar...

KUALA LUMPUR: Pelakon yang dikaitkan menjalin hubungan dengan Aliff Aziz, Oktovia Manrose, 26,...

Lelaki Ditahan Seludup Rokok...

JOHOR BAHRU - Polis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 1,930 karton rokok keretek dianggarkan...

“Nak Buat Kolej, Buatlah…...

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengalu-alukan hasrat lawannya...

Veteran Tentera Mahu Tanding...

PETALING JAYA - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyuarakan hasrat untuk bertanding pada...

Komunikasi Konvensional Dan Media Baharu Perlu Seiring

KUALA LUMPUR – Kaedah komunikasi secara konvensional masih relevan dipraktikkan meskipun dunia kini lebih tertumpu kepada media baharu, kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Katanya kaedah komunikasi bersemuka lebih berkesan khususnya untuk menjelaskan sesuatu perkara selain mengubah persepsi terhadap sesuatu isu dalam kalangan masyarakat.

Mengakui penggunaan media baharu, khususnya laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog membantu menyebar maklumat dan mempromosi program atau aktiviti dengan lebih pantas, beliau berkata komunikasi bersemuka tidak kurang pentingnya.

“Bagi menambahkan keberkesanan, masih perlu amalan budaya turun padang kerana selain lebih mesra dan dekat dengan masyarakat, kita dapat mengetahui pandangan serta permasalahan rakyat secara terus,” katanya pada sesi “Hyperconnectivity: Realiti Baru Untuk Pemimpin Masa Depan” pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (Pemanas 2014) di sini hari ini.

Katanya kaedah turun padang lebih bersifat santai memandangkan golongan muda lebih tertarik kepada aktiviti tanpa protokol malah menjadikan komunikasi dua hala lebih berkesan.

“Generasi muda kurang suka kepada aktiviti berprotokol. Jadi saya (Puteri) guna pendekatan seumpama itu selain menggunakan media baharu untuk berkongsi dan sebar maklumat sahih sahaja,” katanya.


Mas Ermieyati, yang juga anggota Parlimen Masjid Tanah, berkata semua pihak khususnya pemimpin Barisan Nasional (BN) mesti bertindak pantas memberi penjelasan mengenai sesuatu isu sebelum masyarakat dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Senada dengan Mas Ermieyati, blogger Datuk Ahirudin Atan turut bersetuju bahawa penjelasan segera adalah langkah terbaik bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat.

“Kita perlu guna setiap ruang dan peluang yang ada bagi memberi respons terhadap sebarang maklumat tidak tepat. Jangan lambat bagi respons kerana masyarakat kini lebih cenderung untuk menerima maklumat melalui media baharu,” katanya yang merupakan seorang daripada lima panel pada sesi itu.

Sementara itu, Presiden Aktivis Belia Tanahair Azrinizam Ibrahim mengingatkan agar masyarakat tidak terlalu cepat membuat kesimpulan berkaitan sesuatu isu yang diperoleh di media sosial tanpa mengkaji sumber maklumat terlebih dahulu.

Katanya penulis di media sosial juga perlu berhati-hati dan tahu etika kewartawanan sebelum menulis sesuatu maklumat bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori