Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Abdul Razak: Hampir ‘Tewas’...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles BARU beberapa minit terjaga dari tidur pagi itu, darah...

Penganggur Curi Kereta Dipenjara...

KUALA LUMPUR - "Mencuri ini bukan satu pekerjaan. Jika kamu tidak ada duit,...

Polis Miri Tumpas Geng...

MIRI - Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah yang aktif melakukan kegiatan jenayah...

Polis Tahan Kekasih, Rampas...

TANGKAK - Polis menahan sepasang kekasih dipercayai pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah...

KPDNKK Rampas Kopi Radix Tiruan Dalam Operasi Di Perlis

KANGAR – Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 176 papan kopi jenama Radix tiruan dalam satu operasi di negeri ini semalam.

Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Jamal Nor Ahmad Harun berkata pemeriksaan terhadap empat premis perniagaan antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari itu menghasilkan rampasan bernilai RM3,520.

Katanya operasi itu dibuat setelah KPDNKK Perlis menerima aduan syarikat HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi Radix, yang mengesyaki terdapat kopi Radix tiruan dalam pasaran di negeri ini.

Sebanyak 15 anggota penguat kuasa menyertai operasi itu di sekitar bandar Kangar dan pekan Simpang Empat, dekat sini diiringi beberapa pegawai syarikat itu yang diketuai Pengurus Kilang A. Zakaria Abu Bakar untuk membantu mengenal pasti kopi Radix tiruan.

Kopi Radix yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian kandungan, kata Jamal Nor kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori