Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRN Johor Perlu Diadakan...

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada...

PAS Belum Putus Soal...

ARAU - PAS bersedia membuka pintu kerjasama kepada parti-parti yang sesuai dan sealiran...

Siapa Faham Mesej Ini...

'OHHH My Bahasa Melayu....'Hampir keliru dan bingung jadinya membaca mesej peringatan di sebuah...

Wanita Digilis Keretapi Di...

TERLAMPAU sedih dengan kematian kekasihnya, seorang wanita dari United Kingdom, Becky Tait, 20,...

Walau Terjatuh, KD Tetap Unggul Di Pentas Konsert

Walaupun menghadapi beberapa ‘dugaan’ di sepanjang durasi lebih dua jam,  namun diva pop Indonesia itu berjaya menzahirkan aura dan memuaskan segenap penonton dengan persembahan memukau!

Gemersik alunan vokal Kris Dayanti dan ditambah dengan komunikasi yang jitu bersama audiens merupakan elemen yang menjulang wanita itu pada malam tersebut.

(Jika belum…sila Like page Mynewshub di sini)

Bukan itu sahaja, beberapa persalinan mewah ‘haute couture’ yang disarungkan ke tubuh beliau berjaya mencengkam mata hadirin lantas menampakkan sisi figura yang lebih mesra disapa KD itu sebagai penyanyi bercitarasa tinggi!

kris-dayanti-3 kris-dayanti-5

‘Repertoire’ dimulakan KD dengan segmen perkenalan sebelum menjemput anak sulungnya, Aurel Hermansyah untuk sama-sama berduet dalam gubahan medley beberapa lagu.

Walaupun masih hijau dalam nyanyian, Aurel dilihat tidak kekok berada di pentas bersama ibunya sambil mengimbau perjalanan mereka sedari kecil sehinggalah anaknya itu berusia 16 tahun.

kris-dayanti-11

KD meneruskan kehangatan di Plenary Hall, KLCC dengan membuat ‘tribute’ kepada seniman lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan menyanyikan lagu Getaran Jiwa.

Selain P. Ramlee, ikon jazz tanahair, Datuk Sheila Majid juga dipilih KD apabila figura itu menyanyikan lagu popular beliau, Sinaran. Bukan itu sahaja, KD sempat menghulurkan mikrofon buat Sheila Majid untuk sama-sama menyanyi.

Selain dari anaknya sendiri, KD juga menjemput penyanyi Hafiz Suip sebagai tetamu undangan dalam konsertnya itu dan berpadu suara dalam lagu Ombak Rindu dan Cinta.

kris-dayanti-6


Namun sayangnya, vokal Hafiz tidak berada pada ‘par’ kebiasaaan, mungkin kerana kondisi kurang sihat. Walau bagaimanapun, paduan suara dua bintang itu tetap menghiburkan penonton apabila seluruh dewan bergema dengan tepukan.

Selain itu, penyanyi nombor satu Malaysia yang juga sahabat baik KD, Datuk Siti Nurhaliza, sempat mengalunkan beberapa rangkap lirik apabila beliau berlari ke arah Siti ketika mengalunkan lagu duet mereka, Jika Kau Tak Datang.

kris-dayanti

Malang memang tidak berbau! Pada suatu ketika, KD yang baru tampil di atas pentas selepas menyalin busana, terjatuh kerana tidak dapat menyeimbangkan tubuhnya. Namun dia bingkas bangun dan terus kembali melontarkan vokalnya tanpa sebarang masalah.

Tamat lagu, dia sempat bergurau kepada penonton, “Kamu ketawa saya terjatuh tadi? Tak baik ketawa atas penderitaan orang lain.”

kris-dayanti-7

Namun, gangguan teknikal pada separuh awal persembahan sehingga menundakan konsert lebih 10 minit menganggu ‘mood’ penonton. Tetapi KD kembali menghangatkan pentas dan mengembalikan tenaga dengan aksi mesra, lenggok tarian, vokal gemersik dan interaksi bersama hadirin selepas itu.

Paling penting, figura itu berjaya menyoroti kariernya yang mula berkembang di Malaysia bermula pada 1998 dengan nyanyian lagu-lagu popularnya seperti Menghitung Hari, Cobalah Untuk Setia, Aku Wanita Biasa dan single terbarunya, Bertubi-tubi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori