Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Berusia 20 Tahun.. Ini...

ADELAIDE - Dua lelaki, Casey Dean, 34, dan Eduard Nitz,33 mendakwa memiliki burger paling...

Pasangan Suami Isteri Culik...

PASIR MAS - Pasangan suami isteri yang melarikan seorang bayi perempuan di hospital...

VIDEO: Ngeri.. Detik Peguam...

DETIK mengerikan melibatkan pembunuhan seorang peguam terkenal di Argentina telah dirakam melalui rakaman litar...

Guru Perlu Tampil Buat...

KUALA LUMPUR - Guru yang menjadi mangsa buli pelajar mereka perlu tampil membuat...

Pedas!! Anak Pelakon Veteran Jawab Kritikan Ahmad Idham

Mungkin ada antara pembaca yang sudah terlihat akan satu muat naik status di laman Twitter milik pengarah prolifik, Ahmad Idham yang berbaur kritikan terhadap sebuah filem.

Pastinya, ramai yang membuat andaian apakah yang canggung di mata Ahmad Idham sampaikan pengarah itu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Untitled

Melalui ruangan komen di status tersebut, ramailah pengikut Ahmad Idham yang bertanyakan tentang tajuk filem yang diperkatakan beliau, namun dia dilihat tidak memberi respon.

Namun hari ini, akaun anak kepada salah seorang pelakon versatil, Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan seakan menjawab persoalan yang ditinggalkan sepi oleh Ahmad Idham.

Memuat naik kembali ‘screenshot’ tulisan pengarah itu, Budi meluahkan pandangan dengan mengkritik komentar Ahmad Idham.

Ahmad-Idham-Perlekehkan-Pula-Filem-Lelaki-Harapan-Dunia-ROTIKAYA-1000x610

Tulis Budi dalam gaya sinikal, ‘Hmmm… Saya setuju Abang. Memang ada konspirasi. Konspirasinya adalah untuk memperlekehkan pemikiran manusia (bukan bangsa ya) seperti Abang yang suka memperlekehkan pintu rezeki dan kreativiti orang lain yang selama ini dipandang lekeh oleh masyarakat. Am I making any sense? Remember, there’s thing called ‘sattire’ in film. Thank you for voicing out, but please… take a chill pill.’


Bukan setakat itu sahaja, ujaran Budi kemudiannya disokong oleh pelakon berbakat, Zahiril Adzim. Tulis pelakon itu, ‘Filem yang memperlekehkan Melayu adalah filem-filem lawak bangang, slapstik, badigol hantu-hantu atas jalan raya, nombor ekor. Tak menjana dan memupuk pemikiran kritikal langsung. Alasan, itu kehendak penonton katanya.’

Tindakan Budi membalas kritikan Ahmad Idham yang dilihat bagi menyebelahi bapanya yang juga pelakon dalam filem dimaksudkan Ahmad Idham, sebenarnya logik dan berasas.

Sepatutnya, filem-filem kreatif dan kritis seperti Lelaki Harapan Dunia diperbanyakkan agar industri memiliki variasi dalam filem yang dihasilkan.

Kalau bab memperlekehkan kaum Melayu yang diperkatakan Ahmad Idham, rasanya pengarah filem dimaksudkan sudah lebih awal mengeluarkan kenyataan bahawa isu itu tidak sepatutnya timbul kerana ia merupakan pandangan peribadinya dan bersifat subjektif.

Bukankah jemu kalau setiap kali ke panggung wayang, filem genre sama juga yang dihidangkan. Kalau bukan filem hantu, maka filem rempit! Bosan kan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori