Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Doktor Pakar Jantung Mengaku...

GEORGETOWN - Seorang doktor pakar jantung mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu...

Jurulatih Tampar Pemain Remaja...

Seorang jurulatih yang didakwa menampar dua pemain remaja perempuan telah digantung daripada melibatkan...

Lirik Lagu Alasanmu Sentuh...

TANPA jawatan perdana menteri, bukan alasan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak berdiam...

Johor Mula Siasat GISBH...

JOHOR BAHRU - Siasatan menyeluruh terhadap operasi pertubuhan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...

KTI Ugut Adakan Demonstrasi Bantah Pembinaan Insinerator

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) menggugut mahu mengadakan demonstrasi ke atas Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ahli Jawatankuasa KTI, Lai Yak Guan mendakwa, pihaknya telah banyak kali menghantar surat kepada KPKT untuk mengadakan dialog bersama dengan penduduk tempatan tetapi tidak dihiraukan Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Ahli KTI juga menyerah surat rasmi kepada wakil Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Arfah Abdul Razak semasa aktiviti Hari Kitar Semula Kebangsaan yang diadakan di Taman Tasik Seri Serdang pada Sabtu lalu tetapi Menteri tidak pernah memberi sebarang balasan setakat ini.

“Jika Abdul Rahman terus mengabaikan suara yang membantah projek loji pembakaran, KTI akan mengadakan demonstrasi,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yak Guan mendakwa, KTI sedang mendapatkan sokongan pertubuhan antarabangsa dan bertemu Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Terhadap Kesihatan, Dainius PÅ«ras mengenai isu itu baru-baru ini.


Beliau turut mendakwa penyelaras media KTI sedang menuju ke Filipina untuk bertemu dengan pegawai tempatan GAIA (Global Anti-Incinerator Alliance) kerana negara itu telah meluluskan Akta Udara Bersih pada tahun 1999 yang melarang sebarang loji pembakaran dibina di Filipina.

“Kami juga akan menghubungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mendapatkan maklumat menganai kesan kesihatan yang diakibatkan oleh loji pembakaran,” dakwanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori