Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Video: Senaman Penguin Yang...

CAKAP pasal penguin, pasti dah boleh bayangkan gaya jalannya yang comel.Siapa sangka, berinspirasikan haiwan yang...

Bunuh Sosilawati: 3 Kekal...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati...

Kecoh Lawak ‘Prank’ Tren...

Pada Isnin, rakyat Malaysia dan mungkin umat Islam di seluruh dunia 'terkesima' apabila...

Video CCTV Ini Bukti...

KISAH hantu penghisap darah manusia iaitu vampire yang ditonjolkan menerusi filem seram terkenal 'Twilight' mungkin...

Labah-Labah Hidup Ditemui Dalam Telinga Penyanyi, Katie Melua

Kisah serangga masuk dalam telinga manusia bukanlah cerita pelik namun ia sememangnya jarang berlaku.

Namun siapa sangka, pengalaman mengerikan ini dilalui oleh penyanyi terkenal UK, Katie Melua.

Menceritakan pengalaman ‘unik’ dilaluinya, penyanyi Nine Million Bicycles ini berkata dia sering terdengar bunyi berdesing di telinga selama seminggu sebelum berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Selain bunyi berdesing, tiada sebarang kesakitan atau keganjilan dirasakan.

Namun alangkah terperanjatnya Melua apabila dimaklumkan, bunyi itu berpunca daripada seekor labah-labah yang sudah seminggu menghuni dalam telinganya.

Fikir punya fikir bagaimana serangga berkaki lapan itu boleh masuk dalam telinga, Melua akhirnya menyalahkan monitor telinga lama yang sering dipakainya ketika menaiki pesawat.

katie melua2

Kemungkinan besar kata Melua, labah-labah terdapat dalam monitor telinga ini lalu apabila ia dipakai, labah-labah berkenaan merangkak masuk lalu duduk diam-diam dalam telinganya selama seminggu sebelum dikeluarkan oleh doktor.


instakatie1 (1)

Kata Melua, doktor yang mengeluarkan labah-labah tersebut mengakui, dia sendiri agak terkejut kerana ini adalah kali pertama dia menemui serangga yang sudah seminggu tinggal dalam telinga namun masih hidup ketika dikeluarkan.

katie melua

Terbaharu jurucakap Melua menyatakan, labah-labah tersebut kini sudah dilepaskan di taman yang terletak di rumah penyanyi tersebut.

Apa yang menarik, kesemua pengalamannya bersama labah-labah dikongsikan Melua menerusi laman Instagram beserta gambar dan cerita di sebaliknya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori