Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Warga Emas Hilang Di...

KUCHING - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih mencari seorang warga emas berusia...

Ahli Parlimen Pasir Salak...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri...

KPKT Tekad Transformasi Imej...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bertekad untuk mentransformasikan imej kediaman kos rendah Program Perumahan...

Facebook Cadang Mahu Wujud...

SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas laman sosial popular Facebook,...

Lagi Tren SMRT Diconteng

SINGAPURA – Di sebalik berbangga dengan undang-undang ketat dan kawalan keselamatan maksimum, pemerintah Singapura mendapat malu sekali lagi apabila sebuah gerabak Singapore Mass Rapid Transit (SMRT) diconteng dalam insiden terbaharu semalam.

Lebih aib, kejadian grafiti kali ini kes sama yang berlaku tidak sampai enam bulan lalu di dalam depot SMRT sendiri di Bishan, kawasan perumahan elit di tengah Singapura; dan ia disedari pukul 6.40 pagi Sabtu sebelum tren terbabit memulakan operasi pertama.

Petugas menemui badan gerabak terbabit disembur cat, menyerupai insiden serupa sekitar Mei lalu yang diconteng dengan warna merah manakala kejadian pertama depot itu diceroboh dan sebuah tren SMRT ‘dihiasi’ grafiti pernah direkodkan pada Ogos 2011 lalu.

Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) bekerjasama rapat dengan pihak SMRT dan polis tempatan bagi menyiasat bagaimana pelaku kerosakan boleh menceroboh masuk ke kawasan depot yang dikawal ketat termasuk kemungkinan unsur khianat petugas sendiri.


SMRT yang terkenal dengan peraturan aneh larangan mengunyah gula-gula getah, kerana bimbang pernah berlaku kes pintu tren gagal dibuka tutup; mula mencatat kes vandalisme pertama pada Mei 2010 apabila sebuah gerabak diconteng di depot Changi.

“Ini sudah kes keempat tren diconteng dan kita pandang serius kerana semua depot dipasang pagar kawat berduri, kamera litar tertutup serta ramai pengawal bertugas,” kata Lim Biow Chuan, ahli jawatankuasa parlimen mengenai pengangkutan awam. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori