Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Terima Kasih Ya Allah...

PELAKON jelita, Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana diberikan diberi peluang menjejak kaki...

Harga Minyak Tidak Turun...

HARGA minyak semasa sepatutnya lebih rendah sesuai dengan harga minyak dunia, dan pemimpin...

Kek Hari Lahir Ratu...

LONDON - Ratu Elizabeth II menyambut ulang tahunnya ke-90 pada 21 April, namun...

Mesyuarat MT Umno Jumaat...

SETIAUSAHA Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno...

Lagu Bali Popular Di Hospital Gila Bulgaria

Ayu Laksmi

JAKARTA – Seorang penyanyi malar segar Indonesia, Ayu Laksmi tidak menyangka lagu-lagu dirinya dipasang sebagai cara pemulihan terapi di sebuah hospital mental di Bulgaria malah dibiarkan bergema di setiap bangsal, lorong, pejabat dan halaman institusi gila itu.

Penyanyi wanita berasal dari Bali itu dan bakal berusia 47 tahun pada 25 November depan berkata, dia dimaklumkan menerusi rakan-rakan dalam kalangan wartawan tempatan yang kebetulan melawat hospital tersebut baru-baru ini, lapor akhbar terkenal Kompas hari ini.

“Pihak hospital sering memutarkan lagu-lagu menerusi album Svara Semesta sebagai terapi untuk para pesakit. Mungkin saya serasi dengan genre world music dan lagu-lagu saya kebelakangan ini lebih ke arah pemulihan dalaman diri,” katanya sambil merendah diri.

Ayu atau nama sebenarnya Gusti Ayu Laksmiyani pernah digelar sebagai ‘Lady Rocker’ pada dekad 1980-an lalu sebelum beralih kepada mencipta lagu-lagu untuk dirinya sendiri dengan banyak mengambil lirik sastera kuno Bali yang didakwanya sebagai bernilai indah.


“Bagi orang Barat, sastera adalah buku, sesuatu yang dibaca, namun bagi orang Timur, sastera boleh bentuk macam-macam, termasuk lagu,” tuturnya yang pernah dipilih antara 10 wanita tercantik di Bali oleh pendengar stesen Hard Rock Radio FM Bali pada 2009.

Dia yang dalam proses menyiapkan album Svara Semesta 2 pernah mengalami zaman kejatuhan apabila ditipu salah satu sahabatnya sendiri dari Eropah yang kononnya mahu membantu memasarkan lagu-lagunya menerusi laman iTune tetapi didapati palsu. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori