Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ketua Pemuda Arau Dakwa...

SAUDARA Syed Atief Ketua Pemuda Arau mendakwa Ketua Bahagian beliau yang juga merupakan...

Bergaduh Dengan Jiran, Ibu...

PETALING JAYA - Gara-gara selisih faham berhubung tempat parkir sehingga tercetusnya pergaduhan...

Nelayan Terjejas Banjir Akan...

PASIR SALAK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyalurkan bantuan kepada...

Dr. Ini Bandingkan Graduan...

SERING kali kita pernah mendengar ada orang berkata adalah lebih baik menjadi seorang...

Laluan Tapah-Cameron Highlands Dibuka Untuk Kenderaan Ringan

CAMERON HIGHLANDS – Laluan Tapah ke Cameron Highlands dibuka semula untuk semua kenderaan ringan pada pukul 4.20 petang ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata kenderaan berat bagaimanapun tidak dibenarkan melalui laluan itu.

“Ini kerana dikhuatiri kenderaan berat yang melalui laluan berkenaan akan menjejaskan laluan terbabit seperti berlakunya gegaran dan menyebabkan tanah runtuh.

“Bagaimanapun kenderaan berat disarankan untuk ke Cameron Highland melalui laluan Simpang Pulai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata laluan Tapah ke Cameron Highlands setakat ini telah dibersihkan daripada kesan tanah runtuh, namun kerja-kerja membaiki struktur laluan masih diteruskan di beberapa lokasi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori