CAMERON HIGHLANDS – Laluan Tapah ke Cameron Highlands ditutup sementara untuk semua kenderaan sejak pukul 9.25 malam tadi hingga kini bagi kerja pembersihan berikutan berlaku runtuhan kecil di beberapa tempat sepanjang laluan itu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu berkata semua pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu laluan Simpang Pulai ke Cameron Highlands.
Beliau berkata kerja pembersihan tanah runtuh dan membaik pulih struktur jalan sedang dilakukan di beberapa tempat sepanjang laluan itu.
“Bagi pengguna jalan raya dari arah Pantai Timur dan Kuala Lumpur, mereka boleh menggunakan laluan Sungai Koyan, Kuala Lipis untuk ke Cameron Highlands,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. – BERNAMAÂÂ