Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bekalan Air Pulih Sepenuhnya...

SHAH ALAM - Bekalan air di keseluruhan kawasan di Kuala Lumpur, Gombak, Klang,...

Firma Zaid Nafi Jadi...

Firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners mempertikaikan dakwaan bahawa pelantikan mereka...

Ahmad Yudhistira Terpantas Hari...

PELUMBA Indonesia, Ahmad Yudhistira melakukan kejutan apabila muncul pelumba terpantas SuperSports 600cc pada hari...

Trafik Perlahan Arah Pantai...

KUALA LUMPUR – Aliran trafik bergerak perlahan dari arah Pantai Timur menghala ke...

Larangan Lelaki Berpakaian Wanita Tepati Hukum Syarak – PPSM

KUALA LUMPUR – Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bertepatan dengan hukum syarak yang melarang seseorang lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki.

Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), Abu Suffian Abu Yaziz berkata, peruntukan itu telah lama digubal sebagai suatu pencegahan terhadap perbuatan maksiat.

Tegas beliau, peraturan itu juga bertujuan memelihara akhlak Islamiyyah dan wajar diselaraskan di seluruh negara sebagaimana kehendak hukum syarak.

“Oleh itu isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental  seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan buka suatu yang tiada batasannya.

“Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Meor Atiqurrahman lawan Fatimah Sihi,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, Abu Suffian beliau meminta semua pihak menghormati Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan berharap Mahkamah Persekutuan akan menggantung keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin menggesa pihak berkuasa agama negeri diminta membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita tidak sah berdasarkan Perlembagaan Negara.

Media kelmarin melaporkan Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan penting mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis; 26, Syukor Jani; 28, dan Wan Fairol Wan Ismail; 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori