Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Petisyen Pujut: Penghujahan Lisan...

MIRI - Mahkamah Pilihan Raya menetapkan 30 Sept untuk mendengar penjelasan dan penghujahan...

Letupan Kuat Gegar Bangunan...

MESIR - Pihak keselamatan Mesir berkata, satu letupan bom kuat berlaku di sebuah...

Raja Perlis Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini mempengerusikan...

Aliran Trafik Lancar, Terkawal

Kuala Lumpur : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar menjelang perayaan...

Lebih 8,000 Sertai Skim ARWS Di Luar Bandar Sabah

SOOK – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menganggarkan 8,670 pengguna kurang berkemampuan luar bandar di seluruh Sabah layak menyertai Skim Bayaran Ansuran Pemasangan Pendawaian Elektrik (ARWS) untuk rumah mereka.

Pengurus Besar Kanan (Pembangunan Aset) SESB, Abdul Nasser Abdul Wahid, berkata projek yang masuk fasa kedua dengan peruntukan RM4.4 juta dilaksanakan berikutan sambutan menggalakkan daripada pengguna dalam fasa pertama pada April 2011. Fasa kedua dilancarkan pada 1 Mei tahun ini sehingga 30 April 2016.

Beliau berkata, kos bayaran balik yang perlu dijelaskan secara ansuran bulanan selama 36 bulan adalah RM14.20 untuk enam bulan pertama dan selebihnya hanya sebanyak RM14.16 sahaja.

“Caj bayaran keseluruhan sebanyak RM510.00 yang dikenakan juga adalah di bawah harga pasaran biasa yang membabitkan pemasangan dua point lampu dan satu soket di dalam rumah,” katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Nasser berkata, pengguna yang berminat untuk menyertai skim itu boleh mendapatkan borang permohonan daripada pejabat daerah yang berdekatan dan permohonan yang lengkap akan dimajukan semula kepada SESB untuk tindakan.


Beliau berkata, menerusi skim itu, pengguna yang tidak berkemampuan tidak lagi perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan elektrik.

“Ini kerana penyambungan akan dibuat dalam masa dua hari bekerja selepas pembayaran sekuriti deposit dibuat dan surat perjanjian bekalan ditandatangani oleh pemohon,” katanya.

Abdul Nasser berharap skim berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan membolehkan masyarakat yang tidak berkemampuan menikmati dan seterusnya memenuhi keperluan aktiviti berkaitan elektrik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori