Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Malaysia Tarik Lebih Banyak...

NEW DELHI - Malaysia bersedia untuk menarik lebih banyak kes timbang tara dari...

Gempar! Cebisan Al-Quran Bertaburan...

CEBISAN kertas ayat suci al-Quran ditemui bertaburan di atas jalan raya dari Yong...

Piala Dunia: Salah Tidak...

GROZNY - Bintang Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi tidak menyertai latihan bersama Mesir...

Pecah Amanah: Bekas Pemandu...

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemandu dihukum penjara 12 bulan dan didenda RM10,000...

Lelaki Bunuh Bapa Dihukum Gantung Sampai Mati

SEREMBAN – Seorang lelaki dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah membunuh bapanya, tahun lalu.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap R Arumugam, 30, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam penghakimannya, Zabariah berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas menilai keseluruhan hujah dan mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Berikutan itu, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan bersalah membunuh bapanya, S Ramadas, 56.


Mengikut pertuduhan, Arumugam didakwa membunuh bapa kandungnya di Kampung Kuala Lukut, Port Dickson, dekat sini, kira-kira jam 10 malam, pada 10 Mac tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farid Mohd Mokhtar, manakala tertuduh diwakili peguam Ramzani Idris. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori