Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Mahu Pengecualian Visa...

NEW YORK - Malaysia berhasrat menyertai program pengecualian visa Amerika Syarikat dalam tempoh...

Kitab Fekah, Tauhid Tertua...

KUALA LUMPUR: Penemuan kitab fekah, Siratul Mustaqim dan tauhid, Durr al-Faraid yang berusia...

Jual Dara Demi iPhone...

WALAUPUN harganya agak tidak masuk akal, namun itu tidak menjadi penghalang bagi sesetengah...

Batal Kerjasama Dengan China...

MUAR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata cadangan pembatalan kerjasama...

Pengusaha Gerai Ditemui Mati Bunuh Diri

Seorang lelaki yang mengusahakan gerai makanan di Seremban, Negeri Sembilan ditemui mati dipercayai akibat membunuh diri di dalam sebuah kereta di Taman Bukit Mutiara, Seremban pukul 6 petang semalam.

Lelaki berusia 31 tahun itu, menurut laporan Harian Metro Online menetap di Sri Pulau 3, Temiang.

Laporan itu memetik sumber yang berkata dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) yang berada di situ memeriksa pencawang TM yang menemui lelaki berkenaan.

BACA – Nekad Bunuh Diri, Lelaki Patahkan Leher Sendiri Di Pagar 

Mereka pada mulanya, berasa pelik apabila mendapati sebuah kereta diparkir di tepi pagar kawasan itu yang selalunya agak sunyi.

“Mereka kemudian memeriksa kereta jenis Honda CRV dan mendapati terdapat seorang lelaki di tempat duduk pemandu.

“Mangsa didapati tidak memberikan sebarang tindak balas sebelum mereka menghubungi pihak polis,” katanya.


Tidak lama selepas itu, lapan orang anggota bomba dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 petang.

Pegawai Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jefry Mohd Uzus berkata, mereka melakukan pemeriksaan sebaik tiba dan menemui seorang lelaki yang sudah meninggal dunia di dalam kereta terbabit.

Menurut beliau, lelaki itu dipercayai membunuh diri dengan menyalurkan asap yang mengandungi gas karbon monoksida dari ekzos kereta ke dalam ruang pemandu.

“Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terhidup asap berkenaan. Pihak kami menyerahkan kes untuk siasatan lanjut oleh pihak polis,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori