Gila!!! Entah apa yang ada di minda lelaki ini hingga sanggup membunuh dan kemudian memakan muka serta biji mata seorang wanita yang berusia 22 tahun.
Kejadian yang berlaku di sebuah bilik Hotel Sirhowy Arms, South Wales, ini disedari oleh pengawal keselamatan hotel terbabit apabila melakukan pemeriksaan mengejut pada bilik hotel suspek.ÂÂ
Ketika itu, Matthew Wiliams, 34 tahun dikatakan sedang menjamu selera memakan muka dan biji mata seorang wanita yang disyaki teman wanita suspek.
Pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada kakitangan hotel tersebut dan mematahkan serangan William dengan menggunakan alat renjatan elektrik untuk menjatuhkan suspek ke lantai.
Bagaimanapun, suspek tidak memberi apa-apa tindak balas selepas ditangkap. Pihak paramadik yang tiba memberitahu suspek mati selepas terkena renjatan elektrik oleh pihak polis.
Untuk makluman anda, Williams dikatakan mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan sebenarnya baru sahaja dilepaskan dari penjara dua minggu lalu gara-gara menyerang teman wanitanya.
Kes ini mengemparkan penduduk setempat dan kini siasatan dijalankan pada mayat wanita tersebut bagi mencari punca sebenar kematiannya. – MYNEWHUB.CC
Oleh: FARAH