Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tun Arifin Ketuai Panel...

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima hakim Mahkamah...

Polis Tumpas Dua Geng...

MIRI – Polis Bintulu menyelesaikan 10 kes pecah rumah dengan penahanan lapan suspek...

Pasangan Namakan 13 Anak...

UNIK! Pasangan suami isteri dari Concei ao de Coit, Brazil menamakan kesemua 13...

Bekas Pengarah DBKL Dibebas...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),...

Lelaki Kurung Wanita Gara-Gara Cinta Ditolak

JOHOR BAHARU – Gara-gara cintanya ditolak, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun mengikat dan mengurung seorang wanita warga Indonesia berusia 28 tahun, di sebuah bilik hotel di bandar raya ini pada Selasa.

Apabila polis cuba menyelamatkan wanita itu, yang dikenali lelaki berkenaan selama tiga tahun, dia cuba mengambil nyawanya sendiri dengan mengikat tali pada lehernya di katil.

Polis berjaya menghalang namun lelaki itu mengalami sedikit kecederaan pada leher, kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum kejadian, lelaki berkenaan menelefon wanita itu mahu berjumpa di hotel itu bagi menyelesaikan masalah antara mereka.


Namun apabila sampai di bilik hotel, berlaku pergaduhan dan pengawal keselamatan hotel yang mendengar kekecohan itu, menghubungi pihak polis.

Wanita itu kini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki lain, dan telah memberitahu lelaki berkenaan.

Lelaki itu kini ditahan reman selama seminggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori