Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Kanak-Kanak Tanpa Sijil...

KOTA KINABALU – Gesaan Sarawak supaya kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri...

Mira Filzah Akui Tak...

RASANYA teknik pura-pura mesra di laman sosial untuk menaikkan rating drama lakonan ni...

Perarakan Piala Malaysia Dibatalkan

PUTRAJAYA : Majlis perarakan Piala Malaysia dibatalkan kerana atas faktor keselamatan dan kesihatan...

Perlis Mahu Semua Pihak...

KANGAR - Kerajaan Perlis memandang serius masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah rendah...

Lelaki Mati Ditembak Kerana Disangka Kijang

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan seorang lelaki yang dipercayai sedang berburu di ladang rakyat Estet Kuala Gris, Dabong, Kuala Krai semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, mangsa Mohd Zulkifli Mat Isa, 48, dilaporkan ditembak lelaki berkenaan yang sedang memburu bersama seorang lagi rakannya di kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata selepas terkena tembakan itu, mangsa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan oleh kedua-dua suspek.

“Mangsa yang tiba di klinik berkenaan kira-kira jam 9.30 malam masih bernafas, namun selang beberapa minit kemudian mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa terkena lima das tembakan di kepala, bahu kiri dan peha kanan.


Lai berkata pihaknya telah menahan dua lelaki berusia 40 dan 48 tahun itu atas kesalahan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian.

“Kedua-dua suspek kini di reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek melepaskan tembakan kerana menyangkakan mangsa adalah kijang yang diburu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori