Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gantung Diri Punca Kematian...

GEORGE TOWN - Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian pelajar Tingkatan Dua...

Kucing Bantu Pelancong Sesat...

GENEVA - Seorang lelaki yang tersesat jalan semasa meneroka kawasan pergunungan di Switzerland...

Mayat Nelayan Ditemukan Bawah...

KEMAMAN - Mayat seorang nelayan yang dipercayai mangsa lemas ditemukan dalam keadaan terapung...

Polis Melaka Rampas Dadah...

MELAKA - Polis Melaka menahan dua lelaki dan merampas 60 biji pil eramin...

Lelaki Maut Dibelasah Sekumpulan Lelaki Di Ampang Jaya

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal lelaki ditemui maut dalam keadaan terbaring di tepi lampu isyarat di Taman Putra, Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Lelaki itu yang dikenali sebagai S. Kanagaretnam, 56, mati akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul dengan topi keledar dalam kejadian kira-kira 1 pagi ini, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad.

Beliau berkata mangsa dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki di lokasi kejadian pertama, iaitu di tepi jalan berhadapan dengan sebuah kedai motosikal di Jalan Permai E, Kampung Tasik Permai, Ampang.

“Berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian, mangsa diserang lima lelaki di lokasi kejadian pertama, dan seorang daripada mereka bertindak memukul mangsa sementara empat lagi bertindak memerhatikan keadaan sekeliling,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya saksi melihat seorang lelaki memukul mangsa menggunakan topi keledar dan kesemua suspek menaiki tiga motosikal iaitu satu daripadanya sebuah motosikal jenis Honda EX5.


Khairuldin berkata mangsa dipercayai meninggalkan lokasi kejadian selepas dipukul, namun mati dalam keadaan terbaring di tepi lampu isyarat akibat hentakan kuat di kepalanya.

Bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya hanya dimaklumkan mengenai kejadian maut itu daripada Hospital Ampang, katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras untuk dibedah siasat, tambahnya.

Beliau berkata hasil siasatan awal di lokasi kejadian pertama, pihaknya menemui serpihan visor topi keledar yang disyaki milik mangsa, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori