Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

OCPD Kemaman Kritikal, Kemalangan...

KUANTAN - Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam dilapor masih...

Penyanyi Rap Jerman Sembelih...

Berlin - Penyanyi rap Jerman, Denis Cuspert atau dikenali sebagai Deso Dogg dilihat...

PPM Patahkan Cubaan 21...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua mematahkan cubaan 21 pendatang...

Penumpang ‘Bertuah’ Naik Pesawat...

SEORANG penulis warga Scotland yang membayar hanya £46 (RM256) untuk penerbangan ke Greece...

Lelaki Maut Tersepit Antara Van & Tembok Konkrit

MELAKA – Seorang lelaki maut apabila tersepit antara sebuah van dan tembok konkrit di Lobi Utama, Bangunan Majlis Agama Islam Melaka di sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa yang dikenali sebagai Norazam Abd Razak, 43, dipercayai menghidupkan enjin sebuah van ketika berada di bahagian pintu pemandu tanpa menyedari gear kenderaan itu bukan dalam keadaan neutral.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, van yang dihidupkan itu kemudian terlajak lalu mengakibatkan mangsa tersepit antara pintu van dan tembok berhampiran.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera di bahagian dada dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang wanita Azyati Jamaludin, 22, maut setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Jalan Sungai Udang di sini, pukul 5.10 petang semalam.

Shaikh Abdul Adzis berkata mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Tanjung Kling dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapannya tetapi gagal dan terjatuh di laluan bertentangan, sebelum dilanggar sebuah kereta lain di laluan itu.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori