Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

BR1M 2016 Naik, Manfaatkan...

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2016 untuk isi...

Bot Bawa PATI Indonesia...

MEDAN – Sekurang-kurangnya dua dipercayai maut dan 26 lagi hilang selepas sebuah bot...

Status Setiausaha Kedua Kedutaan...

KUALA LUMPUR - Hyon Kwang-song, yang dikenal pasti polis sebagai Setiausaha Kedua di...

Ibu Baling Kerusi Halang...

KUANTAN - Berang kerana dua anak lelakinya ditahan oleh sepasukan anggota Agensi...

Lelaki Menyamar Pegawai Polis Tak Mengaku Salah

GEORGETOWN – Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap lima pertuduhan termasuk menyamar sebagai Inspektor polis, memiliki senjata palsu dan memeras ugut.

M. Kesavan, 25, dituduh memeras ugut seorang wanita berusia 21 tahun dengan meminta wang tunai RM4,100 atau tertuduh akan menyebarkan video seks mereka.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di 702-D, Mukim 18, Mount Erskine pada pukul 3 petang 6 Nov lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman itu jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai seorang Inspektor polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Vijay kepada mangsa yang sama di tempat letak kereta Hospital Adventist pada pukul 3 petang 2 Okt lepas.

Kesavan turut didakwa mengikut seksyen yang sama kerana menyamar sebagai seorang Inspektor polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Vijay kepada M. Sasirekha, 29 di hadapan Public Specialist Centre, Jalan Burma pukul 11 malam antara 15 Jun hingga 30 Jun tahun ini.

Bagi kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, dia boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Kesavan juga didakwa mengikut Seksyen 89 (a) Akta Polis 1967 kerana memiliki sepasang baju seragam warna biru tua, sepasang gari, sepasang tali pinggang, dan sepasang paku pangkat pegawai kanan polis di hadapan Restoran Jaya, Jalan Tengah pada jam 6.05 petang 8 Nov lepas.

Seksyen 89 (a) Akta Polis 1967 akan membawa hukuman denda maksimum RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa memiliki dua senjata palsu pada waktu dan lokasi sama, mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Majistret Diannee Ningrad Nor Azahar menetapkan 29 Dis ini sebagai sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Charanjit Singh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori