Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

8 Ular Bersetubuh Di...

SYDNEY - Seorang penduduk di Gold Coast, Australia, terkejut besar apabila menjumpai lapan...

Isteri Jokowi Lawat Pusat...

PUTRAJAYA - Isteri Presiden Indonesia Joko Widodo, Iriana, melawat Pusat Anak Permata Negara...

Terengganu Bakal Wujud TKPM...

Kuala Terengganu : Sebanyak 128 ladang ternakan ayam di negeri ini yang menghasilkan...

Video: Gadis Dirasuk Lepas...

KES dirasuk 'hantu' bukanlah kisah yang pelik apabila memperkatakan tentang dunia mistik. Bagaimanapun,...

Lelaki Ludah Cermin, Patahkan Wiper Didakwa Di Mahkamah

Lelaki pembuli jalan raya yang kesnya tersebar di laman sosial sejak dua hari lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas dua pertuduhan.

Tertuduh, Khoo Kok Ann, 58, dituduh melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi, dua hari lalu.

Khoo, yang juga seorang Pengarah syarikat konsultan membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

BACA – Tak Sampai 24 Jam Membuli… Dah Kena Tangkap Polis

Dalam tuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan khianat kepada kereta Perodua Kenari berwarna putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45.

Tuduhan kedua, dia didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap mangsa yang sama dengan menghalang laluan perjalanan.

1908440_1351302878304746_4072547158797643373_n


Khoo didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, anggota polis berjaya menahan Khoo tidak sampai 24 jam kes berkenaan berlaku sebelum didakwa di Mahkamah Majistret.

Dalam video dan gambar yang dikongsikan di laman sosial Facebook jelas, kelihatan Koo membengkokkan pengilap kereta mangsa dan juga sempat meludah ke cermin hadapan kereta Perodua Kenari berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori