Suka kami mendengar perkhabaran perihal selebriti yang baru sahaja bergelar pengantin baru ini.
Mana tidaknya, baru dua bulan menjadi seorang suami, penyanyi dan pelakon Alif Satar bakal bergelar bapa pula tak lama lagi.
Perkara ini diakui sendiri oleh isteri Alif, Sha Dila Halid di laman sosialnya.
Nampaknya ramai rakan dan saudara mara yang teruja apabila mengetahui tentang kandungan sulung itu.
Sha Dila dilihat membalas ucapan ucapan rakan-rakannya dengan menulis, “Yes it is but still so early to announce”.
Untuk makluman, Alif dan Sha Dila bernikah pada 15 September lalu.
Tahniah kami ucapkan kepada Alif dan isteri, Sha Dila.
Jangan lupa jaga kesihatan sebab orang kata di awal-awal kandungan inilah yang nak kena jaga lebih sikit.. – MYNEWSHUB.CC