Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PLKN Perlu Diteruskan –...

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa teliti semula cadangan pemansuhan Program Latihan Khidmat Negara...

Pelajar Menderita Saiz Kepala...

BENTONG - Bermula dengan hanya benjolan kecil di bahagian kepala, seorang remaja, Muhamad...

Cerai Dengan Anak Presiden,...

SEORANG jutawan kehilangan hampir separuh hartanya selepas dia meninggalkan anak perempuan Presiden Rusia,...

KPDNHEP Kaji Semula Dasar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan...

Letupan Bom Di Libya Ketika Wakil PBB Temui Perdana Menteri

BENGHAZI – Satu letupan bom berlaku di Shahat, iaitu sebuah bandar di timur Libya semalam di mana wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menemui Perdana Menteri, Abdullah al-Thinni.

Tiada kecederaan dilaporkan berikutan kejadian itu.

Seorang pegawai kerajaan berkata sekurang-kurangnya sebuah bom kereta meletup di hadapan ibu pejabat keselamatan di bandar Shahat.

Thinni dan wakil PBB, Bernadino Leon mengadakan perjumpaan di bangunan lain manakala letupan itu berlaku di sebuah bangunan berhampiran tempat mesyuarat pegawai kerajaan.

“Leon, dan rombongan Misi Bantuan PBB (UNSMIL)di Libya, yang diketuainya, menemui Perdana Menteri Abdullah al-Thinni di Shahat awal hari ini apabila mereka dimaklumkan mengenai letupan itu,” kata jurucakap Jabatan Hal Ehwal Politik PBB, Jose Luis Diaz.


“Delegasi PBB itu sudah pun kembali dengan selamat ke Tunis,” tambahnya dalam emel.

Diaz berkata buat masa ini agak sukar untuk menyatakan siapa sasaran mereka.

“Apa yang boleh saya katakan UNSMIL akan meneruskan usahanya untuk membantu rakyat Libya bagi mencari penyelesaian politik berikutan krisis di negara berkenaan,” katanya.

Libya menghadapi kekacauan berikutan perebutan kuasa di antara dua kerajaan dan Parlimen yang ada kaitan dengan kumpulan bersenjata yang membantu menggulingkan Muammar Gaddafi tiga tahun lalu. – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori