Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki `Gila’ Jadikan Patung...

Meskipun sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak namun hati dan perasaan Senji...

Suami Alami Tekanan Perasaan...

SEREMBAN - Bomba menyelamatkan seorang wanita dikurung suaminya yang dipercayai mengalami tekanan, di...

TERKINI: Dua Pesawat Ryanair...

DUA pesawat Ryanair dilaporkan telah bertembung ketika mahu berlepas di Lapangan Terbang Dublin,...

Pahang Peruntuk Lebih RM5...

KUANTAN – Kerajaan Pahang memperuntukkan lebih RM5 juta sebagai langkah segera mengatasi masalah...

Letupan Lombong: Mangsa Pertama Tiba Di HSNZ

KUALA TERENGGANU – Seorang warga Indonesia, mangsa letupan terowong lombong arang batu di Seri Aman, Sarawak pada Sabtu, merupakan mangsa pertama yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini.

Triono, 28, diterbangkan menerusi penerbangan ihsan pesawat Hercules C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kuching pada 12.30 tengah hari, tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira 2.45 petang tadi.

Selain Triono, lima lagi mangsa turut menaiki pesawat yang sama untuk mendapatkan rawatan doktor pakar di hospital Semenanjung untuk merawat kecederaan mereka selepas melecur teruk.

Dua rakyat Korea, Sin Chol Ju, 28; dan Yang Chol Jin, 36; dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, seorang rakyat Myanmar, Aung Min Htut, 25, ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur.


Dua lagi rakyat Indonesia iaitu Abdul Salam, 26, dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor manakala Mohd Zainuddin, 25; dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Dalam kejadian 9 pagi itu, tiga mangsa terkorban iaitu rakyat Korea Utara Pang Chung Hyok, 29, rakyat Myanmar Tun Tun Win, 36, dan rakyat Indonesia, Kardianto, 38.

Sejumlah 30 mangsa yang kebanyakannya warga asing dimasukkan ke hospital setelah terowong, lombong tempat mereka bekerja meletup. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori