Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Guru Dipenjara 2 Tahun...

KOTA BAHARU - Gara-gara menyebar gambar dan memiliki filem lucah, seorang guru di...

PDRM Sedia Bantu Pasukan...

TAWAU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia membantu pasukan keselamatan Indonesia untuk tindakan...

Pindaan Akta Kawal Selia...

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat bagi mengawal selia perkhidmatan Uber...

Polis Siasat Penemuan 13...

Polis membuka kertas siasatan berhubung penemuan 13 naskah al-Quran dipercayai sengaja dibuang oleh...

LHDN Disaran Percepatkan Proses Kelulusan Ejen Cukai – Audit

KUALA LUMPUR – Bagi mempertingkatkan tahap pengurusan permohonan kelulusan ejen cukai, Ketua Audit Negara mencadangkan Bahagian Analisis Cukai (BAC) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) supaya mempercepatkan proses kelulusan, pematuhan syarat kelulusan, penyeragaman urusan temu duga dan permatuhan mesyuarat Jawatankuasa Ejen Cukai (JKEC).

Ia bagi menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan teratur dan tahap perkhidmatan ejen cukai terhadap pelanggan-pelanggan meningkat.

Selain itu, BAC dan LHDN juga perlu menyusun strategi bagi mempertingkatkan pemantauan dan perguatkuasaan terhadap ejen cukai tidak sah dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

“Strategi dan kaedah yang sesuai boleh diwujudkan bagi mendapatkan maklumat tentang kegiatan ejen cukai tidak sah supaya penguatkuasaan yang berkesan dapat dilaksanakan,” demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri Tiga.

Ketua Audit Negara turut mengesyorkan LHDN mengemas kini statistik dan senarai ejen cukai mengikut tempoh yang ditetapkan supaya bilangan dan senarai ejen cukai pada sesuatu tempoh dapat diketahui dengan tepat.

“Selanjutnya senarai ejen cukai yang kemas kini sahaja dipaparkan di laman sesawang LHDN,” kata laporan tersebut.


Di samping itu, Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC) di BAC dan Sistem Daftar Ejen Cukai di LHDN disepadukan supaya maklumat yang tepat dapat diperoleh daripada sistem dengan cepat.

Menurut laporan itu juga, LHDN dan BAC perlu mengemas kini peraturan dan prosedur berkaitan ejen cukai supaya pengurusan ejen cukai lebih teratur dan usaha pemantaun dapat disusun dengan rapi.

“Ini termasuklah Pekeliling Hasil Operasi mengenai ejen cukai oleh LHDN supaya sentiasa selari dengan keperluan semasa.

“Manakala Panduan Permohonan Ejen Cukai yang dikeluarkan oleh BAC perlu ditarikhkan agar tempoh kuat kuasa sesuatu panduan itu dapat diketahui dan penguatkuasaan terhadap Panduan Permohonan Ejen Cukai yang baru dapat dijalankan dengan mudah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori