Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Heret Ke Mahkamah Hanya...

PUTRAJAYA - Kemelut MIC perlu diselesaikan secara baik tanpa perlu mengheret kes ke...

Kes Bakar JPJ: Polis...

IPOH - Polis telah merakam percakapan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian...

Kemuka Cadangan Naikkan Tambang...

JOHOR BARU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan...

Hanya Gerakan Memahami Pulau...

KUALA LUMPUR – “Tiada siapa yang memahami Pulau Pinang dengan lebih baik berbanding...

LPF Anjur Tayangan Visual Sensor Dari Filem Yang Ditapis

Julung kali diadakan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) bakal menganjurkan satu program dengan memberi peluang buat penonton terpilih untuk menyaksikan babak-babak sensor dari filem yang telah ditapis.

Klip-klip ini bakal ditayangkan dalam satu acara khas dan tertutup bersama pihak media elektronik dan media cetak. Orang ramai juga berkemungkinan berpeluang untuk sama-sama menyertai program ini.

Bagi mendapatkan tempahan, penonton umum perlu hadir ke karnival 60 tahun LPF di pusat membeli-belah Alamanda pada 22 sehingga 23 Novmber ini.

zahid-hamidi_trp_M1

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, tayangan tersebut bertujuan untuk menperjelaskan tindakan LPF yang bukan sengaja menapis babak-babak dalam sesebuah filem secara semberono.

Katanya lagi dalam satu sidang media di Bukit Aman, badan itu juga tidak berniat untuk memotong babak-babak artistik yang boleh menarik jumlah penonton dan menambah nilai seni dalam sesebuah filem.


Untuk rekod , LPF merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang bertindak menapis kandungan filem yang mengandungi unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan selari dengan prinsip Rukun Negara. – MYNEWSHUB.CC

 

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori