Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Kepakaran Halang Anggota...

ALOR SETAR - Ketiadaan kepakaran membuat bom dikenalpasti sebagai faktor utama menghalang rakyat...

Peluang Terakhir Van Gaal...

LONDON -  Manchester United (MU) akan berusaha mendapatkan sesuatu musim ini yang kemungkinan...

Regimen Gerak Khas Harus...

MERSING - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan anggota Rejimen Gerak...

Ungkapan ‘Bangsa Johor’, Rasa...

SUDAH menjadi ikutan terkini apabila anak kelahiran Johor akan menggelarkan diri mereka sebagai...

JPJ Saman Polis Trafik.. Polis Trafik Balas Buat Repot!

Berita berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) nampaknya semakin hangat sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, seorang anggota polis trafik dikatakan telah menerima saman daripada seorang anggota JPJ kerana meletakkan motosikalnya di kawasan larangan dalam petak kuning ketika menjalankan tugas.

Tidak puas hati dengan saman tersebut, anggota trafik tersebut dikatakan balik semula ke balai lalu buat laporan anggota JPJ tersebut mengganggu tugasnya sebagai penjawat awam.

Cerita ini tersebar selepas seorang anggota polis memuat naik status berkaitan kejadian ini di laman sosial Facebook.

BACA – JPJ Kedah Keluarkan 761 Saman Kenderaan

Status tersebut berbunyi:

“Ini lagi interesting, jangan main-main dengan JPJ ni, mereka memang strict betul.. anggota trafik yang membuat kawalan trafik ‘point duty’ meletakkan motosikalnya di petak kuning.

“Semasa sedang mengawal lalulintas, penguatkuasa JPJ telah mengenakan saman kepadanya kerana meletakkan motosikal di tempat larangan, anggota polis trafik balik ke balai buat laporan JPJ menghalang penjawat awam menjalankan tugas rasmi.


“KBSJD arah tangkap, apa nak jadi ni? Strick betul ye (Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ) Dato Yusoff Ayob , macam tak harmoni.”

PolisTrafik_1

Jika benar insiden ini, diharapkan satu jalan dicapai supaya  kedua-dua organisasi yang bertugas menguatkuasa undang-undang ini tidak jadi ‘bahan lawak’ di kalangan masyarakat.

Tapi kalau betul masing-masing dah buat kesalahan melanggar undang-undang.. ya mereka pun harus disaman seperti kami rakyat biasa! – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori