KELAZATAN ais krim Magnum memang menjadi kegemaran semua penggemar manisan ais krim yang sememangnya kaya dengan rasa coklat yang berkualiti dan enak.
Jika sebelum ini untuk membuat magnum ‘customized’ sendiri anda perlu pergi ke Bangkok atau pun Jakarta, kini sudah tidak perlu lagi!
Ini kerana Magnum Ice Cream Cafe sudah pun membuka cawangan pertamanya di Malaysia yang terletak di pusat membeli belah Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Di sini terdapat dua ruang premis Magnum, yang mana tingkat bawah yang sebaris dengan pawagam GSC adalah untuk pembeli yang mahu bawa pulang/take away ais krim mereka, sementara di tingkat atas untuk pelanggan yang mahu ‘dine in’ di situ.
Terdapat pelbagai variasi hiasan untuk ais krim yang boleh anda pilih antaranya garam laut, chili flakes, mangga kering, kepingan ubi kentang, marshmallows, chopped pistachios dan kepingan biskut Oreo.
Cukup teruja? Kalau anda lihat gambar-gambar ni lagilah teruja dan seakan memanggil-manggil untuk ke sana.
Jadi, cepat dapatkan magnum yang dicustomized mengikut citarasa anda sendiri! – MYNEWSHUB.CC
Sumber:  Blog Eat Drink KL