Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

5 Wanita Thailand Ditahan...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan lima wanita warga Thailand dalam Op...

MAHB Bangunkan Terminal Baharu...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) merancang membangunkan terminal baharu dalam...

Buku Mustafa Akyol Bertentangan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengharaman...

Melaka Beri Pengecualian Denda...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka memberikan pengecualian denda lewat cukai tanah negeri ini...

Mahasiswa Jangan Lupa Diri Macam Fahmi Zainol

KUALA LUMPUR – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran dengan mudah tanpa perlu menghadapi sebarang kesusahan disebabkan pelbagai insentif yang dilakukan oleh kerajaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, nasib pelajar sekarang jauh berbeza berbanding pelajar zaman dahulu kerana ada keluarga mereka terpaksa menggadaikan harta bagi menghantar anak mereka ke menara gading.

“Saya ingin ingatkan betapa golongan muda sekarang beruntung kerana zaman dahulu bila dapat tawaran ibu dan bapa akan pening kepala sehingga ada mereka yang mendoakan anak mereka tidak lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya boleh terus bekerja.

“Ada ibu bapa zaman dahulu yang merasakan jika anak mereka dapat sambung belajar maka tanggungjawab tidak habis kerana mereka terpaksa jual dan gadaikan pelbagai aset untuk memastikan anak mereka masuk universiti.

“Tidak seperti sekarang kerana keluarga tidak perlu risau sebab terdapat pelbagai bantuan yang ditawarkan pada masa sekarang,” katanya pada Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) di sini hari ini.


Sehubungan itu, Shafei meminta bakal pelajar IPT sedar dan tidak mudah ‘lupa diri’ serta terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang yang sentiasa memburuk-burukkan segala jasa baik dan usaha kerajaan kepada mereka.

Menurut beliau, tidak salah untuk pelajar universiti menceburi pelbagai aktiviti luar tetapi mereka perlu fokus kepada matlamat asal iaitu belajar dan mencapai cita-cita mereka serta keluarga.

“Ada pelajar, bila masuk universiti mereka lupa diri, contohnya aktivis mahasiswa, Fahmi Zainol yang memberontak sehingga sanggup melakukan huru-hara dengan memecahkan pagar universiti baru-baru ini.

“Jangan terlampau terlibat dengan dunia luar sehingga kita terlupa matlamat asal kita menyambungkan pelajaran, jangan terlalu ghairah dengan politik seperti yang dilakukan oleh Fahmi kerana ia akan membebankan ibu bapa kita,” ujarnya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori