Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Buat Laporan Palsu Konon...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan kerana membuat laporan...

19 Perkara Tidak Batalkan...

UMAT Islam mana yang tidak gembira menyambut Ramadan, bulan yang dipenuhi keberkatan dan...

Kanak-Kanak Perempuan 2 Tahun...

IPOH - Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dipercayai tergelincir ketika melalui...

Pengurus Besar Direman 7...

PUTRAJAYA - Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan hari ini direman tujuh hari...

Tempoh Pemeriksaan Status Mental Wanita Dilanjut

GEORGETOWN – Mahkamah Majistret hari ini membenarkan seorang wanita yang didakwa mencederakan pemandu bas Rapid Penang bulan lepas, melanjutkan tempoh pemeriksaan status mentalnya di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Perak.

Majistret L. Uma Dewi membuat keputusan itu selepas menerima laporan daripada sebuah Hospital di Perak bahawa tempoh pemeriksaan tertuduh Chong Lan Keow, 49, akan dilanjutkan selama sebulan lagi.

Beliau yang menetapkan 10 Dis sebagai tarikh sebutan semula, berkata lanjutan tempoh pemeriksaan status mental itu dibenarkan selaras mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada 10 Okt lepas, Uma Devi memerintahkan penghantar sayur itu dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Aisyamudin Yaacob, 27, dengan menggunakan sebilah pisau di dalam bas Rapid Penang di Jalan Paya Terubung Relau, Sungai Nibong pada 6.50 pagi, 6 Okt lepas.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman, Goh Chee Sun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori