Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Litar Basah Beri Kelebihan...

SEPANG - Keadaan litar basah mampu memberikan kelebihan kepada pelumba Moto3 negara, Adam...

VIDEO: Penampakan Hantu Di...

Perkara mistik merupakan antara topik yang mudah mendapat perhatian masyarakat.Di Singapura sekarang, antara...

Kemas Terap Kepentingan Institusi...

BERA - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menerapkan kepentingan Institusi Diraja, aspek nilai...

Lukisan 7D Berdasarkan Fantasi...

PASIR MAS - Pelukis kontemporari, Ngdawiyah lsmail, 43, mempamerkan keistimewaannya tersendiri apabila berjaya...

Seksyen 66 Terbatal, Kemenangan Untuk ‘Mak Nyah’ Nogori

Berita ini pastinya disambut gembira oleh golongan transgender terutamanya dari Negeri Sembilan.

Hari ini, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Ini sekaligus, mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mengisytiharkan Seksyen 66 dengan rasminya terbatal, hari ini.

Para penyokong dan golongan transgender yang hadir tersenyum tatkala keputusan disampaikan oleh hakim di mahkamah Putrajaya tadi.

Mengikut Seksyen 66, kumpulan transgender sebelum ini dilarang sama sekali memakai pakaian wanita dan jika ingkar bakal dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.


Menurut laporan Malaysiakini, kes ini difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Panel Mahkamah Rayuan hari ini dianggotai oleh tiga hakim iaitu Hakim Datuk Aziah Ali, Hakim Datuk Lim Yee Lan dan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori