KUALA LUMPUR: Selepas muncul dengan single terbaharu berjudul Paranoid berduet dengan artis seberang, Luna Maya, Datuk AC Mizal menyatakan prancangannya untuk bekerjsama dengan penyanyi antarabangsa Pitbull.
Menurut AC, kemungkinan besar hasratnya untuk berduet dengan Pitbull akan dapat direalisasikan pada masa depan sekiranya lagu Paranoid mencatat jumlah satu juta jualan menerusi iTunes.
“Impian saya adalah untuk menerbitkan 12 single yang mana setiap satunya berkolaborasi dengan artis-artis luar.
“Single pertama saya bekerjasama dengan Luna Maya dan selepas ini kemungkinan saya akan berkolaborasi dengan penyanyi rap Pitbull yang sememangnya jadi idola dalam bidang nyanyian rap.
“Pitbull dah dimaklumkan mengenai perkara ini oleh pengurusannya di sana tapi saya perlu pastikan lagu Paranoid di iTunes mencapai sasaran melebihi satu juta unit terlebih dahulu sebelum ia dapat dilaksanakan,” katanya ketika ditemui semasa sesi pengenalan duta produk pelansingan badan L’rose, di sini, hari ini.
Wow, Pitbull? Kalau AC dapat duet dengan bintang rap ini memang salut!
Apa pun, jom layan lagu Paranoid dendangan AC Mizal kolaborasi dengan Luna Maya yang diharapkannya bakal terjual lebih sejuta unit untuk pastikan impian duet dengan Pitbull jadi kenyataan.
Selain terlibat dengan bidang nyanyian, AC Mizal, 42, turut laris sebagai hos di mana selepas ini dirinya akan kembali sibuk mengacarakan program Maharaja Lawak Mega 2014 dan Sembang Teh Tarik musim ketiga yang bakal memulakan rakaman penghujung November ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR