Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peruntukan RM21 Juta Jayakan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM21 juta diperuntukkan untuk menjayakan inisiatif terbaharu kerajaan, Bakul...

Permohonan Kebenaran Merayu Didengar...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 Sept untuk mendengar permohonan kebenaran merayu oleh...

MH17: Malaysia Mahu Penglibatan...

BENTONG - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan meminta...

RM425.6 Juta Untuk Perumahan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM426.5 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan hingga kini untuk melaksanakan...

Bagilah ‘Makcik’ Kerusi Naib Presiden, Naib Ketua Bahagian..

KUALA LUMPUR – “Bagilah makcik-makcik ini peluang. Kalau tak ada (makcik) tak adalah Pemuda dan Puteri, hancurlah UMNO,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengulangi permintaan supaya satu kerusi tambahan diwujudkan bagi jawatan Naib Presiden UMNO dan Naib Ketua UMNO Bahagian diberi kepada anggota sayap itu, Shahrizat menegaskan ia bertujuan memperkasa pembabitan wanita dalam politik, juga sebagai pengiktirafan, tanpa ada niat untuk mencantas sesiapa.

“Boleh tak? Bagilah satu tempat kepada kami (Wanita UMNO). Kita tak singsing tangan tapi kita hulur tangan sebab kita sayangkan parti ini,” katanya dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Shahrizat berkata hasil mesyuarat perwakilan Wanita UMNO bahagian tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan. Wanita UMNO dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 3.5 juta anggota UMNO.

Cadangan itu mendukung kehendak Fasal 3.4, Peraturan Pergerakan Wanita UMNO iaitu membangunkan wanita ke arah mencapai 30 peratus dalam bidang pembangunan dan pembuat dasar negara, katanya.


“Saya berharap pucuk pimpinan UMNO akan membuat keputusan bijaksana dalam hal ini apabila masanya tiba untuk Perlembagaan UMNO dipinda,” katanya.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menghangatkan suasana di dalam Dewan Tun Ismail apabila berkata alasan kononnya ‘kaum Hawa’ dalam sayap UMNO itu tidak sesuai untuk jawatan Naib Presiden dan Naib Ketua Bahagian kerana sudah tua sangat tidak masuk akal.

“Selagi saya jadi Ketua Wanita UMNO, saya tidak akan biarkan mana-mana pihak kecilkan usaha wanita. Langkah mayat saya dulu kalau nak biarkan wanita diperkecilkan,” katanya disambut tepukan gemuruh daripada 993 perwakilan Wanita.

Usul ucapan dasar ketua itu dicadang Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Surayah Ibrahim dan disokong Ketua UMNO Bahagian Ampang, Prof Madya Datuk Dr Rozaidah Talib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori