Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

13 Kontraktor Direman 6...

JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan...

Penganggur Didenda RM600 Curi...

SEORANG penganggur dijatuhi hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret Melaka selepas mengaku bersalah...

“Artis Juga Manusia, Kami...

SEBAGAI seorang selebriti yang dikenali ramai, mereka juga merupakan manusia biasa yang tidak...

Najib Sindir PH Akui...

SYUKUR... Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lega dengan kenyataan terkini...

Makmal Proses Heroin Dibongkar Di Bayan Lepas

GEORGE TOWN – Sepuluh lelaki dan dua wanita ditahan manakala pelbagai jenis dadah dirampas dalam operasi Pasukan Khas Tektikal Perisikan Narkotik (STING) yang turut berjaya membongkar sebuah makmal memproses heroin di sebuah rumah di Bayan lepas malam tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya mengucapkan tahniah kepada pasukan STING atas kejayaan mereka membongkar makmal memproses dadah itu.

“Syabas STING@PDRMsia berjaya bongkar makmal proses heroin di Bayan Lepas, Penang semalam. Tangkap 12 orang dan rampas alat/bahan proses heroin,” katanya.

Menurut sumber polis, serbuan ke atas rumah itu dibuat hasil intipan dan risikan polis sejak beberapa minggu lepas.


Antara barangan yang turut dirampas di makmal itu ialah ialah bahan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah termasuk serbuk kimia kafein, pencair, klorofom, cecair kimia, asid sulphamik dan ketuhar gelombang mikro.

Sumber itu berkata polis turut menyerbu sebuah lagi rumah di kawasan yang sama dan menahan empat lelaki termasuk seorang warga India yang dipercayai anggota sindiket dadah berkenaan.

Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun itu kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori