Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gunung Semeru Di Indonesia...

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam...

Ucapan Murtad Bukan Kalimah...

SHAH ALAM - Ucapan murtad bukan kalimah yang boleh dijadikan mainan semata-mata diungkapkan...

Lembah Klang, Beberapa Negeri...

Gangguan bekalan elektrik berlaku di beberapa negeri dan Lembah Klang hari ini.Ikuti Mynewshub: TelegramTenaga...

Trend Baru Di Afrika...

Afrika Selatan - Trend wanita merogol lelaki semakin meningkat di Afrika Selatan dengan...

Maktab Mahmud Padang Terap Nafi Pelajarnya Terlibat Video Kes Buli

KUALA NERANG – Maktab Mahmud Padang Terap di sini menafikan pelajarnya terlibat dalam kes buli di asrama sekolah itu yang rakaman videonya tersebar luas dalam laman sosial Facebook.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof berkata pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang hari ini untuk membersihkan imej sekolah serta pelajarnya.

Katanya beliau menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan mengenai video tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi, yang mendakwa kejadian buli berlaku di asrama sekolah itu.

[BACA: Video: Pelajar Kena Buli Dibelasah Ala Tomoi Di Asrama]


Sementara itu Ketua Ketua Polis Daerah Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata hasil pemantauan anggotanya menunjukkan keadaan bilik asrama yang menempatkan 140 pelajar lelaki itu tidak sama dengan yang ditunjukkan dalam klip video itu.

Katanya terdapat banyak perbezaan antara bilik asrama tersebut dengan yang ada dalam video tersebut, warna cadar dan selimut, kedudukan katil, dan warna dinding.

“Kita boleh katakan kes buli seperti dalam video itu tidak berlaku di Maktab Mahmud Padang Terap,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori