Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

IPD Johor Laksana Program...

JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sentiasa peka...

Melaka Bentang Bajet 2018...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan membentangkan Bajet 2018 pada persidangan Dewan Undangan...

Perkeso Minta Pencarum Manfaatkan...

MUAR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) cawangan Muar meminta kira-kira 400,000 pencarum di...

Jovian Mandagie Dah Reka...

PASANGAN Jovian Mandagie dan Nina Sabrina Ismail Sabri merupakan pasangan romantis yang selalu...

Malaysia Bertuah Dapat Jalin Kerjasama Dengan China

BEIJING – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Malaysia perlu bekerjasama dengan China dalam bidang pertahanan selepas begitu bertuah dapat menjalin hubungan dan kerjasama dua hala selama 40 tahun dengan negara itu.

Titah baginda kerjasama pertahanan antara kedua buah negara tidak dapat dielakkan berikutan kemajuan ekonomi, teknologi dan ketenteraan negara ‘Tembok Besar’ itu semakin memberangsangkan.

“Sempena sambutan diplomatik 40 tahun Malaysia-China tahun ini, beta harap perhubungan rakyat dengan rakyat juga sama ada peringkat tertinggi, pertengahan atau rendah diperbaiki dan dipertingkatkan.

“Adalah penting untuk kita merapatkan jurang antara Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China,” titah baginda selepas mendengar taklimat di Universiti Pertahanan Kebangsaan China (NDU) di sini, Jumaat.

Taklimat yang banyak menyentuh peranan NDU dan polisi ketenteraan China lebih sejam itu disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Penyelidikan Maxism NDU, Mejar Jen Hung Shu Jin serta Kolonel Kanan Hou Xiohe, iaitu Profesor di Jabatan Penyelidikan Strategik NDU.

Syed Faizuddin selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Perlis mengetuai delegasi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dari tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia dalam program lawatan Kerja Akademik dan Strategik Ketenteraan ke kem tentera dan universiti di Beijing bermula semalam hingga 17 Nov ini.

Turut sama dalam delegasi itu Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Kolonel (K) Datuk Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan selaku Komandan PALAPES UPM dan Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis Mejar (K) Datuk Prof Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman selaku Komandan UiTM Perlis.

Wakil IPTA lain ialah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin dan Atase Pertahanan Malaysia di China, Laksamana Pertama Zualkafly mengiringi rombongan tersebut serta mendengar taklimat.

“Adalah penting bagi Malaysia mengambil bahagian dalam seberapa banyak mungkin forum atau pertukaran bagi membina persefahaman dan kepercayaan bersama. China mempunyai pengalaman luas dan beta menawarkan peluang kepada China bekerjasama dengan IPTA-IPTA di Malaysia,” titah Syed Faizuddin.

Dalam taklimatnya, Shu Jin menyentuh polisi luar kerajaan China dan berkata sebanyak 1,043 pegawai tentera dari 43 negara asing termasuk tiga dari Malaysia sedang melanjutkan pengajian dalam bidang ketenteraan di NDU.

Katanya NDU menawarkan pengajian sehingga peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang antaranya strategi, logistik, politik antarabangsa dan peperangan.

Menjawab soalan anggota delegasi mengenai polisi China, Shu Jin berkata negara itu mengutamakan peningkatan kuasa tentera dan imej PLA namun bersedia membantu meningkatkan hubungan ketenteraan termasuk teknoloji persenjataan negara-negara sahabat.

Beliau juga berkata China tidak berhasrat menjadi ‘abang besar’ atau polis Asia dengan kekuatan tentera dan ekonominya seperti Amerika yang dilabel polis dunia kerana banyak campur tangan dalam urusan negara asing.

“Polisi luar China cukup jelas iaitu tidak campur tangan urusan negara lain. China mahu menyumbang kepada kestabilan dan keamanan serantau terutama dengan negara jiran dan sahabat. China menyifatkan Malaysia sebagai negara sahabat paling akrab,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori