KUALA LUMPUR – Sebuah portal berita alam sekitar di Amerika Syarikat (AS) hari ini mendakwa penggodam kerajaan Malaysia menutup laman web itu selama dua jam ekoran  artikel mengenai penyelewengan seorang pemimpin negara ini dalam kes pembalakan.
Ketua Editor Environment News Service (ENS), Sunny Lewis dalam satu e-mel kepada agensi berita AFP di sini berkata, penggodaman itu dikesan setelah pihaknya menyiarkan berita berdasarkan buku menceritatkan perihal rasuah pemimpin politik tersebut.
“Serangan ke atas portal kami dikesan berasal dari sebuah entiti kerajaan Malaysia berasaskan pada pengenalan alamat IP penggodam itu,†katanya sambil menambah sistem pelayan laman mereka tergendala kira-kira dua jam sebelum berjaya dipulihkan.
Lewis percaya ia susulan tindakan ENS menerbitkan artikel dipetik daripada buku bertajuk  Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia oleh Lukas Straumann biarpun menerima tuntutan sebuah firma guaman untuk tidak menyiarkan petikan buku itu.

Difahamkan buku tersebut mendedahkan kononnya bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud; yang kini Yang Dipertua Negeri itu; terlibat dalam kegiatan pembalakan sehingga memusnahkan sebahagian besar sumber kayu hutan bernilai tinggi di Sarawak.

Kerajaan Sarawak sebelum ini mendakwa, laporan buku itu sebagai tidak berasas dan dianggap cubaan jahat pihak asing bagi merosakkan imej Abdul Taib kononnya beliau memperoleh kekayaan amat besar hasil daripada aktiviti pembalakan. – Agensi