LONDON – Pengurus baharu Inter Milan, Roberto Mancini dikatakan sudah bersedia menawarkan kontrak kepada kapten Liverpool untuk berpindah ke Serie A, Januari ini.
Namun, ia bergantung kepada pemain berusia 34 tahun itu kerana usaha memancing itu tidak akan berjaya andai dia memilih kekal di Anfield.
Gerrard juga ada beberapa opsyen untuk berpindah ke Amerika Syarikat, musim panas depan mewakili New York Cosmos.
Ia difahamkan satu destinasi berpotensi untuk bekas kapten England itu.
Namun, ada perkhabaran bahawa perpindahan ke Serie A tampak lebih menarik ketika ini. – Mail Online