Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sabah Dicadang Kaji Wujud...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah dicadang melaksanakan kajian secara serius mengenai peluang...

Suami Tetak Isteri, Mentua...

KOTA TINGGI – Hanya kerana selisih faham kerana wang seorang pemandu lori dijatuhi...

5 Kedai Kebakaran Awal...

JOHOR BAHRU – Perniagaan di lima kedai termasuk dua cafe di Jalan Dhoby...

Budak Jadi Gelandangan, Kematian...

KLANG - Selepas kematian ibu bapa akibat Covid-19, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun...

MAS Akan Bayar Pampasan Lepas MH370 Diisytihar Hilang

Hampir mencecah lapan bulan selepas pesawat malang MH370 hilang tanpa khabar berita, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) sedang menunggu perisytiharan secara rasmi sebelum boleh memberikan pampasan kepada ahli keluarga para penumpang.

Menurut Pengarah MAS, Hugh Dunleavy, anggota keluarga mangsa yang hilang perlu bersabar kerana maklumat berkenaan pampasan sedang dibincangkan.

Memetik kenyataan disiarkan  akhbar New Zealand Herald:

Kami tidak mempunyai tarikh akhir tetapi sebaik sahaja ia secara rasmi direkodkan sebagai hilang kita akan bekerjasama dengan waris mengenai pembayaran pampasan penuh kepada mereka.”

Menurutnya lagi, Konvensyen Montreal menetapkan amaun pampasan sebanyak USD 175,000 (RM 582,000) untuk setiap mangsa, walaupun ahli keluarga boleh mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan jumlah pampasan lebih tinggi.

Kami akan memastikan pampasan dibayar kepada anggota keluarga yang kehilangan orang dicintai melalui syarikat insurans kami.”

mh17-crash


Menurut Dunleavy lagi, bayaran pampasan terhadap anggota keluarga mangsa pesawat MH17 tidak sekompleks MH370 kerana pesawat itu diketahui umum telah ditembak jatuh ketika sedang melakukan penerbangan di ruang udara Ukraine.

Bercakap tentang kemungkinan dan persoalan kehilangan MH370, Dunleavy yakin bahawa anak kapal MH370 tidak mempunyai kaitan atas kehilangan pesawat itu.

Semua anak kapal MH370 sudah disiasat agensi keselamatan dan setakat yang saya tahu tiada apa muncul sebagai sesuatu yang tidak diingini.”

Sehingga kini, kehilangan pesawat MAS, MH370 sejak 8 Mac lalu masih tinggal misteri dan tanda tanya kepada masyarakat seluruh dunia.

Pesawat itu dikatakan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam pada 1.20 pagi. Ia kemudiannya dipercayai melencong ke Selat Melaka dan berakhir di selatan Lautan Hindi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori