Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rasuah Bukan Lagi Ancaman...

PUTRAJAYA – Rasuah yang berlaku ketika ini bukan lagi merupakan ancaman biasa kerana...

Sukan SEA: Pingat Emas...

KONTINJEN Malaysia kehilangan satu pingat emas yang dimenangi atlet gimrama negara Izzah Amzan...

“Dia Seperti Nenek…” Peminat...

PENYANYI popular Amerika Syarikat (AS) berusia 47 tahun, Mariah Carey baru-baru ini dilihat...

Imigresen Mahu Sita Bas...

KOTA BHARU – Jabatan Imigresen Kelantan hari ini memberi amaran keras akan menyita...

Mayat Doktor Gigi Ditemui Dalam Longkang

IPOH – Seorang doktor gigi ditemui mati tertiarap dalam longkang di Taman Canning, dekat sini, semalam.

P. Nanthakumaran, 69, ditemui oleh adik perempuannya ketika hendak membuang sampah di kawasan rumahnya pukul 11.06 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mendiang dipercayai terjatuh ke dalam longkang kecil selepas meletakkan kereta di hadapan rumahnya.

Beliau berkata, mendiang telah dihanyutkan oleh arus deras di dalam longkang itu sejauh kira-kira 20 meter.

“Mangsa (mendiang) dikatakan keluar rumah pada pukul 10 malam (malam tadi) untuk bersantai. Anggota keluarganya mengesyaki mangsa tidur di rumah rakannya kerana ketika itu hujan lebat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Sum berkata, hasil pemeriksaan mendapati doktor gigi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kekerasan berunsur jenayah dan barang peribadi mangsa berada dalam keadaan baik,” katanya.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Sum berkata, hasil bedah siasat mendapati lelaki berkenaan meninggal dunia akibat lemas.  – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori