Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mustahil Sunting Perbualan Video...

KUALA LUMPUR: Proses menyunting dan mengubah suai video mengandungi perbualan membabitkan lebih daripada...

“Kami Semakin Hampir Ke...

ALOR SETAR - "Saya dan Krishnan hanya perlu menghabiskan larian sejauh 140 kilometer (km)...

Dedah Bajet Agong: Polis...

POLIS mengesahkan Ketua Unit Media Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin disiasat...

UMNO Dianggap Penyamun Semasa...

KUALA LUMPUR - PAS mengingatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa UMNO dianggap sebagai...

Mayat Hampir Hancur Ditemui Di Pulau Perhentian

KUALA BESUT – Mayat lelaki dewasa yang hampir hancur ditemui nelayan tempatan terapung berhampiran Pulau Lang Tengah dekat Pulau Perhentian kira-kira jam 3.25 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Kamsani Hassan yang mengesahkan penemuan itu berkata, mayat itu dipercayai warga asing berdasarkan tatoo pada badannya.

Katanya, mayat itu disahkan bukan mayat daripada tiga nelayan yang sedang dicari terdiri daripada seorang nelayan tempatan dan dua nelayan Thailand yang hilang masing-masing pada 6 November dan 12 November lalu.

“Mangsa dipercayai mati kira-kira seminggu lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mayat kemudian dibawa oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ke Pangkalan Tok Bali, Kelantan sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar bagi bedah siasat di Hospital Besut di sini hari ini.

Katanya, pengecaman identiti mayat turut dilakukan nelayan Thailand yang selamat dalam kejadian bot karam pada Rabu malam di Besut dan mereka mengesahkan ia bukan dua rakan mereka yang masih hilang di laut itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori