Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah...

KUALA LUMPUR - Pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank bagi tempoh tiga...

PM Najib Naiki Kereta...

TIANJIN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan...

Melaka Bakal Ada Penerbangan...

MELAKA - Melaka bakal menerima penerbangan terus secara carter dari bandar Haikou di...

Pemuda UMNO Kedah Cabar...

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah hari ini menerusi sebuah kenyataan meluahkan penghargaan...

Mayat Berbaju Tidur Dijumpai Bawah Kereta Di Setapak

Penemuan mayat wanita berpakaian baju tidur berlumuran darah menggemparkan penduduk Kondominium Prima Setapak 2, Jalan Gombak, semalam.

Mayat wanita tersebut ditemui di bawah sebuah kereta oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 6.30 pagi ketika menjalankan rondaan.

Susulan penemuan ini, pengawal keselamatan tersebut segera menghubungi pihak polis.

Menurut petikan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 6.40 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

Ketika ditemui mangsa yang berusia sekitar 20-an terbaring dalam keadaan mengerikan di bawah sebuah kereta model Proton Saga.

Siasatan awal pihak polis mendapati penduduk kondominium berkenaan tidak mengenali mangsa meskipun pengawal keselamatan mengesyaki mangsa tinggal di tingkat 11 bangunan kediaman tersebut.

Menerusi siasatan yang dijalankan di rumah mangsa, pihak polis mendapati jeriji besi dan pintu rumah terbuka namun tiada sesiapa dalam rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut dalam rumah berkenaan, anggota forensik turut menemui peralatan menghisap dadah.


Menurut Asmadi, mangsa dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada lengannya.

Kini, pihak polis masih giat menjalankan siasat lanjut berhubung insiden tersebut termasuk meneliti rakaman kamera liter tertutup (CCTV).

Pengawal keselamatan turut memaklumkan ada ternampak seorang lelaki dan wanita keluar dari unit kondominium didiami mangsa dalam keadaan tergesa-gesa.

Susulan itu, Asmadi memberitahu pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian sama ada mangsa ditolak jatuh dari tingkat 11 kediaman itu atau sebaliknya.

“Setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai kes kematian mengejut (SDR).

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan sama ada kelibat individu lelaki dan wanita yang didakwa dilihat oleh pengawal keselamatan mempunyai hubungan dengan kes itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori